Wednesday, March 23, 2011

Di Mysugarclass

Kebetulan anak perempuan aku ikut nenek dia kerumah adik aku yg sorang lagi. jadi si sulung aku tinggalkan ngan adik ipar bersama anak dia. so dia ada kawan laa..x lah risau sgt. aku pun pergi kekedai adik aku. Dan hari tu ada class Cake Continental, menyibuk jap kat kedai adik hehehehe..tgk ada bahan lebih..emm apalagi buat ler projek kat dapur..bersama ngan adik lelaki bongsu ku. hbs dia deconya cake tu almaklum laa fresh cream banyak lagi..dari membazir. malam tu keknya aku bagi pada dua org kawan aku; lily n zakardi..

Esoknya adik aku free so dia pun sempat ajar buat chocholate. (yg sebenarnya mmg plan dtg sana nak belajar wat chocholate) kebetulan dia ada mood nak ajar cartoon artwork..(best tu) aku pun on je laa..org nak ajar xkan nak tolak kan..hehehe..anyway thank you so much to her...dia x lokek nak ajar kakak dia..




chocholate yg dia ajar pun sedap2..paling aku suka sekali choc truffle, perasa orange..yummy....

Member X-IKMSP




Masa cuti sekolah minggu lepas, aku turun KL ngan anak2 aku. sempat juga buat perjumpaan dengan member2 yg belajar masa kat IKMSP. Cukup seronok sekali. Ini saja yg dapat contact last minit..ok laa..Thanks to Nora, Zakardi, Dzakir (dia nie mmg satu kursus ngan aku) Amir, Din Beramboi, Cenoi dan Alaudin kerana sudi meluangkan masa utk pertemuan yg seketika ini.

Hobi Sampingan

Dah lama aku x membeli novel. selalu novel pilihan ku dari ALAF 21, baru2 nie aku terbaca sinosip CUCUR BAWANG & KOPI O dalam majalah Mingguan Wanita..emm menarik..lantas aku pun membelinya..mmg best! aku boleh gelak sorang2 bila bab yg mengelikan hati aku..x rugi membelinya..

Wednesday, February 2, 2011

My Chocholate



Sebelum pergi melawat Yusra n Hadif di Hospital, sempat jugak buat choc. dpt lah 16 biji wat makan..

Choc cupcakes








2/2/11 - Hari nie, buat Choc Cupcakes. Bila dapat tahu Yusra n Hadif masuk hospital, nak lah melawat mereka berdua, teringat si kakak suka cake, nasib baik sempat buat. tp bila dtg melawat, lagi 5 minit masa nak hbs. tengok mereka berdua baru je tidur. Ingat petang nak datang lagi, tapi doc dah benarkan mereka pulang.

Tuesday, February 1, 2011

cupcakes



RM1.20per/pc min order more than 100pcs.
100pcs / cupcakes plain - flavor vanilla, strawberry, pandan n Orange.
order by FB://Ahmad Fudzil from Jitra Kedah.

 Thanks for the order.

Sunday, January 30, 2011

Caramel Cake




CARAMEL CAKE - Resepi dari FB Zuraini Alias.

Dalam sibuk2 menyiapkan cheese tart yg org tempah, sempat gak menyelit buat caramel cake. Tergoda dengan caramel cake yg dibuat oleh Zuraini Alias dan Ijah Cloudy R. 1St time mencuba, rasa mmg sedap, cuma x berapa nak naik. kalau tengok kat FB Zuraini Alias, gebu2. mesti aku yg kurang pukul. hehehe..x pe, lepas nie nak cuba wat lagi..mmg sedap caramel cake nie dimakan sejuk2. Kata Izzudin " Ummi letaklah buah strawberry". x pe lepas nie ummi buat lagi, ummi letak buah strawberry lak..
Terima Kasih banyak2 pada Zuraini Alias atas resepi yang beliau attach dekat FB.