Wednesday, March 23, 2011

Di Mysugarclass

Kebetulan anak perempuan aku ikut nenek dia kerumah adik aku yg sorang lagi. jadi si sulung aku tinggalkan ngan adik ipar bersama anak dia. so dia ada kawan laa..x lah risau sgt. aku pun pergi kekedai adik aku. Dan hari tu ada class Cake Continental, menyibuk jap kat kedai adik hehehehe..tgk ada bahan lebih..emm apalagi buat ler projek kat dapur..bersama ngan adik lelaki bongsu ku. hbs dia deconya cake tu almaklum laa fresh cream banyak lagi..dari membazir. malam tu keknya aku bagi pada dua org kawan aku; lily n zakardi..

Esoknya adik aku free so dia pun sempat ajar buat chocholate. (yg sebenarnya mmg plan dtg sana nak belajar wat chocholate) kebetulan dia ada mood nak ajar cartoon artwork..(best tu) aku pun on je laa..org nak ajar xkan nak tolak kan..hehehe..anyway thank you so much to her...dia x lokek nak ajar kakak dia..




chocholate yg dia ajar pun sedap2..paling aku suka sekali choc truffle, perasa orange..yummy....

Member X-IKMSP




Masa cuti sekolah minggu lepas, aku turun KL ngan anak2 aku. sempat juga buat perjumpaan dengan member2 yg belajar masa kat IKMSP. Cukup seronok sekali. Ini saja yg dapat contact last minit..ok laa..Thanks to Nora, Zakardi, Dzakir (dia nie mmg satu kursus ngan aku) Amir, Din Beramboi, Cenoi dan Alaudin kerana sudi meluangkan masa utk pertemuan yg seketika ini.

Hobi Sampingan

Dah lama aku x membeli novel. selalu novel pilihan ku dari ALAF 21, baru2 nie aku terbaca sinosip CUCUR BAWANG & KOPI O dalam majalah Mingguan Wanita..emm menarik..lantas aku pun membelinya..mmg best! aku boleh gelak sorang2 bila bab yg mengelikan hati aku..x rugi membelinya..

Wednesday, February 2, 2011

My Chocholate



Sebelum pergi melawat Yusra n Hadif di Hospital, sempat jugak buat choc. dpt lah 16 biji wat makan..

Choc cupcakes








2/2/11 - Hari nie, buat Choc Cupcakes. Bila dapat tahu Yusra n Hadif masuk hospital, nak lah melawat mereka berdua, teringat si kakak suka cake, nasib baik sempat buat. tp bila dtg melawat, lagi 5 minit masa nak hbs. tengok mereka berdua baru je tidur. Ingat petang nak datang lagi, tapi doc dah benarkan mereka pulang.

Tuesday, February 1, 2011

cupcakes



RM1.20per/pc min order more than 100pcs.
100pcs / cupcakes plain - flavor vanilla, strawberry, pandan n Orange.
order by FB://Ahmad Fudzil from Jitra Kedah.

 Thanks for the order.

Sunday, January 30, 2011

Caramel Cake




CARAMEL CAKE - Resepi dari FB Zuraini Alias.

Dalam sibuk2 menyiapkan cheese tart yg org tempah, sempat gak menyelit buat caramel cake. Tergoda dengan caramel cake yg dibuat oleh Zuraini Alias dan Ijah Cloudy R. 1St time mencuba, rasa mmg sedap, cuma x berapa nak naik. kalau tengok kat FB Zuraini Alias, gebu2. mesti aku yg kurang pukul. hehehe..x pe, lepas nie nak cuba wat lagi..mmg sedap caramel cake nie dimakan sejuk2. Kata Izzudin " Ummi letaklah buah strawberry". x pe lepas nie ummi buat lagi, ummi letak buah strawberry lak..
Terima Kasih banyak2 pada Zuraini Alias atas resepi yang beliau attach dekat FB.

Wednesday, January 26, 2011

Izzuddin dan Skateboard

Cukup seronok Izzudin bila dibawa pergi kekedai jual skateboard. Mmg dah lama rancang nak tukar deck n bearing, tp bagi dia biasa bermain dulu. Budget rm300. Sampai sana, harga deck saja dah RM199. belum masuk wheel (rm130), trunk (rm199) &  bearing (rm100 - rm120)..aduhhh..dia pulak dah x-cited, selepas discuss, tukar deck n bearing saja, masa  tengok pekerja tu tukarkan wheel ke deck baru, pekerja tu tunjukan dlm wheel dia dah pecah. nak x nak kena jugak tukar wheel baru..adoi..masuk tu je dah lebih dari RM600..budget cuma tu je..last2 guna bearing lama, tukar wheel baru. boleh laa udin..dapat gak main walaupun x laju sgt. Sebenarnya dia dah lama nak tukar bearing supaya lebih laju, tp ayah dia x bagi sebab takut dia x pandai imbangkan diri dan akan jatuh. Selepas dapat deck baru, terus ajak pergi skatepark, dapat main 1/2 jam pun ok. emm..udin2.

Monday, January 24, 2011

Cheese Tart




Cheese Tart Open for order.
12pcs/box - Rm 9.00 min order 3 boxes
More 10 boxes - Rm8.00 per-box
50 pcs/ 1 cntr - RM30.00

Flavor - Blueberry, Strawberry, Orange, Kiwi and Apple

berminat, boleh order dengan saya : call/sms: 012-7124922 or email: zun_nuraini@yahoo.com.my



 

Saturday, January 22, 2011

Apam Blossom

Apam Blossom. Suatu hari tertarik dengan apam yang dibuat oleh Kak Murni @ La pisa n Ijah Cloudy R. Selepas dapat resepi dari kak murni terus buat petang tu jugak. seronok bila nampak apam naik dengan gebunya.

Resepi Apam Blossom
3 biji telur - dari peti sejuk
270gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder (diayak bersama dengan tepung)
220gm gula halus
150gm susu segar / UHT
1 sudu kecil ovellate

Inti Kelapa
-------------------------
Kelapa parut 1/2 biji
1/2 cawan gula merah (cap bintang)
2 helai daun pandan
1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh dengan 1 sudu besar air
masak semua (kecuali tepung jagung) diatas api dan last sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Masak  diatas api yang kecil hingga kering

My lovely cat



Si kucing ku:- Ibu nama comel, generasi pertama si bobby, generasi kedua si miki, yg nie je yang hidup sampai sekarang, yg lain, mati kena langgar kereta. cuma Rain je mati kena baham dek anjing liar. Bertambah dengan kehadiran miko. kucing kacukan siam bermata biru. paling keletah dan suka bergurau dengan miki selepas Rain mati. Tak lama lagi si ibu - Comel dan bobby akan melahirkan anak. Makin bertambah laa ngan anak kucing kat rumah nie. Si ibu dah sarat, dan yg pasti ibu dulu akan melahirkan anaknyer, Bobby masih baru lagi. X sabar nak tengok baby kucing.

Cheese Tart


Mulanya cuba2 buat utk open house hari raya thn lepas 2010, x sangka dapat feedback dari rakan suruh buat jual, mula dari situ sampai sekarang buat cheese tart. Ada 5 perasa : blueberi, strawberi, apple, kiwi n orange. Insya'allah akan datang nak wat choc cheese tart pulak.

Class Cake Continental


dah lama nak join class yg adik buat, bila dapat peluang,,hehehe seronok sgt, sekadar tgk resepi mcm x puas hati, nak gak join class dier. mmg best class nie. Yang tak tahan masa buat cake black forest n fruity flan..woooo..memang best sesangat. choc banana tu dah buat dulu masa join class beday cake hehehehe. Terima kasih sesangat pada adik yg sudi ngajar kakak dia nie. masa duk kat KL puas dia ngajak dtg tp disebabkan masa tu hati lum berdetik nak belajar..dah duk jauh nie..gatal pulak nak join class dia..hahahaha.

Friday, January 21, 2011

cake


Mata asyik melihat bahan2 cake yg tersusun, dlm peti ais ada fresh cream lebihan buat cake beday.hmmm, fikir punya fikir guna je lah bahan yg sedia ada..nie ler hasilnya, choc sponge cake + blueberi filling + fresh cream and topping blueberi.
Sambil2 tu dapat jugak memahirkan diri dlm buat cake sponge nie..mmg senang nak buat, tp kalau x betul caranya..cake sponge jadi bantat..dah pernah sekali jadi..leper giler kek nyer. lepas join class adik baru laa pandai buat (pandai ke? hehehehe.masih berdebar2 bila tgk cake tu dlm oven takut bantat).

Thursday, January 20, 2011

Keluarga Hassan Sahawi

Ini dia keluarga ku. 7 adik beradik. 6 perempuan dan seorang lelaki, yang paling bongsu sekali. Ramaikan? Meriah dan huru hara kalau semua dah berkumpul, Yang perempuan masing2 sibuk nak bercerita hahahaha..memang tidur lewat laa kalau dah berkumpul. Time masak mmg aku laa yg selalu x de kat dapur, adik2ku mmg pandai memasak, membuat kek. Tukang kemas boleh laaa..bukan ngelat nak wat kerja, tp mmg aku pening kalau dah ramai2 kat dapur..setakat tengok boleh laa..suruh gie kedai, hah! yg tu mmg selalu kena laa, sebab mak kata aku cepat kalau disuruh pergi beli barang dan x de melencong kat tempat lain so barang cepat sampai. Sekarang keluarga Hassan semuanya dah ada 26org. Tunggu adik bongsu ku kahwin je..mesti bertambah lagi ahli keluarga. (gambar masa family day di Sri Pena Port Dickson 10-13hb Dec 2010)

Wednesday, January 19, 2011

Birthday Cake

















Vanilla Sponge Cake + Buttercream + Edible Picture.
Di tempah oleh Nadia dari NST utk beday anak perempuannya. Terima Kasih banyak2. Harap Nadia dan anak perempuanya suka.

Selamat Datang dan salam perkenalan

Salam buat semua, baru nak buat blog sendiri, itupun terkial2 nak buat hehehe.