Saturday, January 22, 2011

Apam Blossom

Apam Blossom. Suatu hari tertarik dengan apam yang dibuat oleh Kak Murni @ La pisa n Ijah Cloudy R. Selepas dapat resepi dari kak murni terus buat petang tu jugak. seronok bila nampak apam naik dengan gebunya.

Resepi Apam Blossom
3 biji telur - dari peti sejuk
270gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder (diayak bersama dengan tepung)
220gm gula halus
150gm susu segar / UHT
1 sudu kecil ovellate

Inti Kelapa
-------------------------
Kelapa parut 1/2 biji
1/2 cawan gula merah (cap bintang)
2 helai daun pandan
1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh dengan 1 sudu besar air
masak semua (kecuali tepung jagung) diatas api dan last sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Masak  diatas api yang kecil hingga kering
 Cara2nya:-
1. Masukkan telur, gula, ovellate dlm mixer, pukul ditahap laju dlm 6-8 min
2. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder tadi diselang selikan bersama susu.
3. Bahagikan kepada beberapa bahagian utk diwarnakan (ikut suka)
4. paipkan sedikit adunan kedalam papercup yang telah disusun dlm acuan tartlet, masukkan inti kelapa dan paipkan adunan yang berlainan warna hingga 3/4 penuh.
5. Kukus 10-15min dengan api yang sederhana.

No comments: